Saturday 9 March 2019

kraftangan di Sarawak








Hai, selamat datang ke blog saya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang kraftangan yang ada di Malaysia terutamanya di negeri Sarawak. Hal ini kerana,di Sarawak mempunyai pelbagai bangsa dan budaya di Sarawak.















PENGENALAN





TANGO IBAN

Tango atau marek empang ini adalah diperbuat daripada manik dan dihiasi bebola kain bagi tujuan menutup dada atau baju kecil dan juga kemban. Corak tango ini ini dihiasi corak-corak mengikut kemahuan masing-masing. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik iban dari etnik lain dengan mudah.


KETAPU IBAN



Ketapu ialah sebuah topi yang digunakan diatas kepala. Seperti apa yang dilihat ketapu ini diperbuat daripada rotan dan dianyam menjadi bentuk yang diinginkan oleh  setiap orang. Setelah selesai mencantikkannya mereka akan meletakkan bulu pada ketapu itu agar nampak  gah dan cantik.






PUA KUMBU


Pua Kumbu sejenis yang selalu digunakan oleh orang iban seperti mengadakan upacara yang digelar "Miring" bagi mententeramkan keadaan dengan menggunakan objek seperti gambar yang diatas iaitu  kain Pua Kumbu. Selain itu, ia juga boleh direka bentuk seperti  membuat baju dengan menggunakan kain Pua Kumbu.



MANIK RANTAI

BAKUL GENDONG BAYI


BANTAL MANIK

BEG MANIK

Ini adalah jenis-jenis perhiasan yang menggunakan manik dan ianya sangat cantik sehingga menarik minat para pelancong asing mahupun pelancong tempatan.Kegunaan manik dalam seni barang kemas sentiasa diminati. Sejak dahulu hingga sekarang masih digunakan oleh masyarakat. Masyarakat boleh memlih bentuk yang mereka inginkan seperti beg tang, rantai , bantal dan banyak lagi. kebanyakkan yang membuat pelbagai perhiasan ini adalah orang Iban,Kayan,Kenyah,Lun Bawang dan banyak lagi.



TAJAU IBAN



Tradisi penyimpanan tembikar yang digelar oleh orang iban iaitu "Tajau" yang di warisi setiap turun temurun. Tajau ini mempunyai pelbagai jenis-jenis yang ada. kebanyakkan tajau orang iban telah mencecah usia ratusan tahun lamanya dan dianggap harta yang berharga. Tajau ini digunakan untuk menyimpan air tuak dan sebagai upah kepada "Manang" iaitu pengamal perubatan tradisional. Selain itu juga tajau ini juga digunakan untuk menyempurnakan upacara-upacara tradisi masyarakat iban seperti ketika berlakunya kematian dan sambutan Gawai.








KIREP



Kirep ini digunakan untuk orang Ulu iaitu Kayan dan Kenyah semasa menari. Kirep ini sejenis yang berbentuk bunga dan sangat cantik.






KESIMPULANNYA

    Dengan adanya kraftangan amatlah penting bagi semua masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Hal ini kerana , menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatan dapat memperkenalkan budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum tersendiri dan saya juga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog saya. Saya berharap agar kraftangan ini dapat diperkenalkan kepada seluruh negara supaya masyarakat tidak akan lupa tentang budaya-budaya setiap kaum yang ada di Malaysia. Dengan itu , kraftangan di Malaysia akan kekal dan mampu diteruskan pada generasi yang akan datang sekaligus dapat menarik minat para pelancong asing.



























































No comments:

Post a Comment

kraftangan di Sarawak

Hai, selamat datang ke blog saya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang kraftangan yang ada di Malaysia terutamanya di...